Wednesday, 7 September 2016


AMALAN SEMANAGAT KEJIRAN




KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM(DUA 6022)


AHLI KUMPULAN:
AMY SHAFIKA BINTI ZAIMI          02DEE14F1102
NUR SYAFIKAH BINIT ADNAN        02DEE14F1106
NURUL AISYA NASIEHA BINTI SALIM      02DEE14F1
NURUL AMIRA  BINTI  NOR HASHIM        02DEE14F1058
BIBI ANSHAR ZUHARA BINTI MOHD RASENI      02DEE14F1014
NURFATIHAH BINTI MOHD SHARI       02DEE14F1014



KHAMIS , 7 SEPTEMBER 2016


AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH SETEMPAT .





Sebagai warganeraga Malaysia, semangat kejirana amat sinonim dengan negara kita. Semangat kejiranan tidak asing lagi bagi negara kita kerana semangat kejiranan ini telah dipupuk dari zaman dahulu kala lagi. Ia telah menjadi satu tradisi bagi warganeraga di Malaysia. Malaysia sangat terkenal dengan sikap semangat kejiranan di seluruh dunia.

Semangat hidup berjiran yang kita warisi sejak turun temurun, kini jelas semakin terpinggir. Keadaan tersebut tidak wajar dibiarkan kerana hidup berjiran banyak manfaatnya. Dengan semangat kejiranan, masalah jenayah dapat dikurangkan. Kita tidak dapat menafikan bahawa kejadian pecah rumah kerap berlaku ketika penghuninya tiada di rumah. Jika semangat kejiranan dalam masyarakat kita kuat, masalah sedemikian dapat dielakkan kerana sebagai jiran yang bertanggungjawab, seseorang itu akan prihatin terhadap rumah dan harta benda jirannya ketika ketiadaan mereka. Mereka akan membantu melihat persekitaran rumah tetangga dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sesuatu yang meragukan.

Untuk memupuk semangat kejiranan, sistem pendidikan memainkan peranan penting iaitu melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Agama, Pengetahuan Moral ataupun melalui penyerapan dalam mata pelajaran lain. Dengan cara ini, amalan hidup berjiran dapat dipupuk di kalangan kanak-kanak. Matlamat pengajaran haruslah menekankan pengamalan budaya tersebut dalam kehidupan sebenar. Bukan hanya setakat mengetahuinya di atas kertas sahaja. Memupuk budaya ini di kalangan kanak-kanak adalah lebih mudah. Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Terdapat beberapa langkah yang kita boleh lakukan untuk memupuk semula semangat kejiranan antaranya ialah amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran. Malah,amalan ziarah-menziarahi ini sangat digalakkan dalam Islam. Misalnya,apabila jiran bertandang ke rumah,sudah semestinya kita akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayan mereka dengan penuh adab sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayang sesama individu. Oleh itu,amalan ziarah-menziarahi wajar dibudayakan dalam masyarakat.


Selain itu, semangat kejiranan dapat turut dipupuk melalui amalan gotong-royong. Amalan gotong-royong sememangnya membawa banyak manfaat kepada masyarakat. Hal ini kerana apabila segolongan masyarakat bersatu menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, mereka bukan sahaja dapat memelihara kebersihan tempat kediaman mereka malah dapat mengeratkan hubungan sekaligus memupuk semangat kerjasama. Di samping itu, nilai kerjasama dan masyarakat yang prihatin juga dapat diwujudkan. Justeru,masyarakat mestilah melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini untuk kebaikan bersama.

Tambahan pula,rumah-rumah terbuka yang lazimnya diadakan ketika musim perayaan wajar dilihat sebagai satu langkah yang efektif dalam usaha memupuk semangat kejiranan. Negara kita yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum membolehkan kita melihat pelbagai jenis adat dan budaya. Apabila rumah terbuka diadakan,masyarakat akan dapat mengenali adat dan budaya kaum lain. Hal ini akan dapat mewujudkan persefahaman dan sekaligus mengelakkan perselisihan faham yang boleh menjejaskan perpaduan kaum. Oleh itu,amalan rumah terbuka ini wajar diteruskan dalam masyarakat.

Akhir sekali, semangat kejiranan yang semakin luntur tidak wajar dipandang enteng. Sebaliknya, perlulah dianggap sebagai satu perkara yang sangat penting dalam masyarakat. Kerajaan haruslah terus melakukan usaha-usaha yang boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat di negara kita. Sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Oleh itu,perpaduan kaum haruslah bermula semangat kejiranan yang utuh.


Sebagai umat Islam, kita pun sudah tahu betapa pentingnya semangat kejiranan ini. seperti riwayat:

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasa Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya : " Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat , maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

( hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Negara Malaysia terkenal di pentas dunia kerana rakyat berbilang kaum dapat hidup bersama dengan harmoni. Namun, semangat perpaduan ini semakin terhakis dan ini mungkin akan membawa kepada rusuhan di kalangan rakyat. Hidup berjiran banyak memanfaatkan kita. Oleh itu, usaha-usaha untuk memupuk semangat berjiran perlu dijalankan.



Kepentingan utama hidup berjiran adalah untuk mengukuhkan institusi kemasyarakatan. Semangat tolong-menolong dapat dilahirkan di antara penduduk setempat. Sikap tolong-menolong di antara jiran amat penting kerana seseorang boleh meminta bantuan jiran ketika berlakunya kecemasan. Selain itu, semangat kejiranan dapat mengeratkan silaturahim di antara penduduk setempat. Ini mewujudkan suasana aman damai dan membolehkan penduduk setempat hidup dengan selesa.

Seterusnya, semangat kejiranan penting kepada penduduk Malaysia kerana perpaduan kaum dapat dipupuk melalui semangat tersebut. Sikap saling hormat-menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain dapat dilahirkan. Melalui semangat kejiranan, rakyat Malaysia belajar menghargai dan menghayati budaya dan tradisi rakyat berbilangkaum di Malaysia. Ini akan membawa kepada pencapaian matlamat konsep 1 Malaysia di mana integrasi antara kaum berlaku.

Antara usaha yang wajar dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan termasuklah mengadakan kempen semangat kejiranan. Slogan tentang semangat kejiranan boleh disebarkan melalui media massa. 

Pelbagai pihak boleh menganjurkan ceramah tentang semangat kejiranan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang pentingnya hidup berjiran. Murid-murid sekolah haruslah digalakan mengamalkan semangat kejiranan sejak masih kecil lagi. Pelbagai pertandingan harus dijalankan supaya murid-murid sekolah terdedah kepada konsep hidup berjiran


Allah swt menyebut di dalam Al-Qur’an :

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ

“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).


Kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu dalam usaha untuk memupuk semangat kejiranan di antara rakyat demi mencapai perpaduan kaum. Bak kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Kita sebagai rakyat Malaysia, kita juga  haruslah menghargai keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh semua rakyat dan perlu berusaha dan menyumbangkan tenaga untuk mengukuhkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum negara kita. Diharapkan semua lapisan masyarakat akan memikul tanggungjawab untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi perpaduan di negara Malaysia.


CONTOH AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN YANG PERLU KITA AMALKAN DI MALAYSIA








RUJUKAN:

LAMAN SESAWANG

  • http://missfeeya95.blogspot.my/2013/02/langkah-langkah-memupuk-semangat.html
  • http://myfuturestudent.blogspot.my/2016/08/kepentingan-semangat-kejiranan-penting.html

AL QURAN

  • SURAH AN-NISA (AYAT 36)


posted by: CINTA MAWARDAH





No comments:

Post a Comment